TIP PENJAGAAN KOMPUTER RIBA (LAPTOP)
1. Bateri
- Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik.
- Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
- Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
- Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
- Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
2. Papan Kekunci.
- Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
- Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
- Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.
3. Skrin LCD
- Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk.
- Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in … minutes’.
- Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
- Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel‘.
4. Haba Panas
- Pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas.
- Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.
5. Surge Protector
- Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
- Disyorkan untuk diguna bagi menjaga perkakasan dalaman komputer riba.
- Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (Power Supply).
6. Port
- Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
- Gunakan berus atau berus gigi lama.
- Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.
Tip Berhati-hati Dengan Spyware
Spyware adalah suatu program atau skrip yang menjalankan perlakuan tertentu seperti pengiklanan, mengumpulkan maklumat peribadi atau menukar tetapan komputer, biasanya tanpa kebenaran anda. Spyware biasanya tidak mudah dilihat dan menjalankan aktivitinya secara senyap.
Berikut adalah beberapa tanda untuk mengetahui apabila spyware dipasang ke dalam sistem anda:
Anda lihat iklan atau skrin pop-up walaupun semasa anda tidak disambungkan ke internet.
Laman web pertama yang dibuka penyemak imbas (browser) anda berlainan daripada halaman utama biasa anda.
Anda terlihat bar alatan baru di penyemak imbas (browser) anda yang anda tidak pasangkan.
Komputer anda lebih lambat dari biasa.
Komputer anda terpadam atau terhenti tanpa sebab.
Terdapat sebarang aktiviti ganjil pada komputer anda.
Berikut adalah beberapa tip keselamatan mengenai cara melindungi sistem komputer anda daripada spyware:
Kemas kinikan sistem operasi anda dengan memuat turun semua kemas kini kritikal dan kemas kini keselamatan.
Gunakan program anti-spyware dan jalankan pengimbasan yang kerap.
Laraskan tetapan keselamatan penyemak imbas (browser) anda kepada “sederhana” atau lebih tinggi.
Pasang dan gunakan firewall.
Tip Elak Kecurian Identiti Dan Privasi
Kecurian identiti berlaku apabila seseorang menggunakan maklumat peribadi anda, seperti nama, hari lahir, nombor telefon, atau nombor kad kredit tanpa kebenaran anda bertujuan untuk menjalankan penipuan atau jenayah lain.
Penting untuk melindungi maklumat peribadi anda serta mengambil tindakan pantas bagi mengurangkan potensi kerosakan daripada kecurian identiti jika maklumat anda didedahkan secara tidak sengaja atau memang dicuri:
Berikut adalah tip untuk melindungi maklumat anda;
Berhati-hati semasa memberi maklumat peribadi di dalam laman web, e-mel, sistem permesejan segera, bilik bual atau pada papan mesej, terutamanya apabila anda tidak pasti. Anda berhak menanyakan mengapa dan bagaimana maklumat itu digunakan.
Baca pernyataan privasi.
Tutup akaun kad kredit yang meragukan serta-merta.
Awasi penyata kad kredit anda. Ingat bahawa aktiviti penipuan mungkin tidak akan muncul serta-merta.
Bincang dengan institusi kewangan anda mengenai aktiviti yang ganjil pada akaun anda.
Hubungi agensi kerajaan yang berkaitan untuk membatalkan dan menggantikan sebarang lesen memandu atau kad pengenalan diri yang hilang.
Perhatikan tanda-tanda kecurian identiti: bil yang hilang atau lambat sampai, menerima kad kredit yang anda tidak mohon, ditolak kredit atau ditawarkan terma yang kurang menguntungkan tanpa sebab-sebab yang jelas atau dihubungi pemungut hutang atau orang lain mengenai pembelian yang anda tidak buat.
Jangan hantar gambar anda sendiri, gambar rakan atau keluarga anda kepada seseorang yang anda temui atau berbual dalam talian.
Jika anda merancang untuk menemui seseorang yang anda telah temui di internet, bawa seorang rakan bersama. Orang di dunia sebenar mungkin berbeza daripada diri mereka dalam talian.
Jangan buka e-mel, fail atau pautan tapak web daripada orang yang anda tidak begitu kenal.
Tip Rahsiakan Maklumat Diri
Semasa berurusan di internet, kita pastinya diminta dengan pelbagai soalan mengenai maklumat peribadi seperti nombor akaun, kad pengenalan, alamat dan sebagainya. Pastikan kita mempunyai ilmu serta maklumat secukupnya berkenaan selok-belok perdagangan di internet (e-niaga) jika sekiranya kita ingin berurus niaga di internet. Sebelum memulakan atau melakukan apa- apa transaksi di atas talian maya, kita perlu memastikan kesahihan laman web atau blog tersebut.
Satu cara mudah adalah dengan menggunakan kaedah carian nama laman web tersebut di Google atau Yahoo. Jika hasil carian anda menunjukkan banyak pengguna yang tidak berpuas hati dengan peniaga atas talian tersebut, mungkin anda perlu lebih berhati-hati.
Pastikan laman atau blog peniaga tersebut ada menyatakan alamat dan nombor telefon sebenar perniagaan mereka. Melakukan siasatan awal secara sendiri adalah lebih baik untuk memastikan maklumat tersebut benar dan boleh dipercayai.
Pertama,
Anda lihat di ruang alamat di browser internet anda, huruf ‘s’ di https://, alamat tersebut merujuk kepada transaksi yang selamat dan boleh diyakini. Lihat juga logo ‘kunci’ ( di bahagian bawah, kanan browser anda (di sebelah ruang alamat untuk Internet Explorer versi 7). Ini menunjukkan transaksi anda mempunyai enkripsi. Untuk memastikan anda berada di laman web yang sah dan bukan laman web yang ditiru, klik kanan di mana-mana di laman tersebut dan pilih properties. Anda boleh melihat alamat dan maklumat sebenar laman tersebut jika laman tersebut mempunyai enkripsi. Siasat dan dapatkan ilmu kepenggunaan dari masa ke semasa.
Bagaimanakah untuk mengetahui tapak web adalah selamat untuk sebarang urusan berkaitan kewangan internet? Lihat pada bar status ikon apabila anda melawat tapak web bank.
Kedua,
Apabila anda mendapat SMS yang menyatakan anda pemenang cabutan bertuah, pelanggan bertuah atau mendapat hadiah-hadiah lumayan dan di luar jangkaan nilainya dan wang hadiah akan dimasukkan ke dalam akaun anda. Di mana, anda hanya perlu memberikan nombor akaun bank.
Awas serta berhati-hatilah! Buat pemeriksaan lanjut sebelum anda tertipu, jangan telalu ghairah untuk mendapat untung ataupun menjadi kaya dan terus memberikan nombor akaun, nama, alamat atau segala maklumat yang diminta kepada pihak yang tidak dikenali. Fikir-fikirkanlah, anda bekerja keras untuk mendapatkan wang, tak mungkin wang boleh bergolek ke riba anda dan sebegitu mudah dengan hanya satu cabutan yang dikatakan bertuah itu.
Pengguna Bijak, Pengguna Selamat!
Pengguna bijak sahajalah yang mampu menjadi pengguna yang selamat dan berkuasa. Semakin tinggi ilmu kita sebagai pengguna maka semakin bijak dan terlindung kita dari segala penipuan.
Bersama kita menjadi pengguna yang
bijak kerana `Kuasa Di tangan Anda’
SocialVibe